Porsche 911 Singer LHD milik anak Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Singer Vehicle Design (tidak, tiada kaitan dengan mesin jahit Singer) merupakan sebuah syarikat Amerika Syarikat yang menumpukan sepenuh perhatian dalam modifikasi Porsche 911.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan carian ringkas di laman web Singer Vehicle Design, syarikat yang berpengkalan di Los Angeles, California ini telah pun menala dan merestorasi puluhan unit Porsche 911 dengan pelanggan yang bertaburan di seluruh dunia.

Dan kami percaya, unit yang dipaparkan pada artikel kali ini merupakan unit pertama commission build untuk Malaysia, sebuah Porsche 911 dengan pemanduan sebelah kiri!

 


Porsche 911 berwarna GP White ini merupakan unit yang didatangkan dengan nadi boxer enam silinder sejukan udara berkapasiti 4.0 liter dengan kuasa disalurkan kepada sistem pacuan semua roda (4WD).

Enjin 4.0 liter sebenarnya merupakan enjin Cosworth 3.8 liter dengan talaan yang mampu mencecah angka 390 kuasa kuda, daya kilas 427 Nm dan garis merah 7,200 rpm.

Singer mengekalkan binaan asal yang diperoleh daripada Porsche 964, namun  menggunakan komponen yang dibina khas seperti crankshaft, pam bahan api, kepala silinder, badan pendikit dan sistem kemasukan udara.  

 


Hasil daripada talaan tersebut, Porsche 911 ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang daripada 3.3 saat manakala 0-160 km/j diperoleh dalam masa 8.2 saat!

Dari segi luaran, ia dilayangkan dengan warna GP White, stripe dark ghost serta hiasan perkataan Porsche berwarna Singer Racing Red.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model itu ringan, siap untuk berlumba dan berbadan lebar. Type 964 RSR 3.8 juga memakai logo…
Berita Global
  Apa yang menarik tentang Theon Design ialah mereka mengekalkan identiti yang membentuk Porsche…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…