Porsche 911 hibrid muncul tidak lama lagi, pantas di Nürburgring!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Porsche 911 prototype 2024
Porsche 911 prototype 2024
Lamborghini, Ferrari dan McLaren sudah menawarkan model kacukan enjin pembakaran dalaman dengan perkakasan elektrik. Porsche bila lagi?

Jika secara umum, Porsche sudah pun menawarkannya dan ke hadapan melalui model elektrik Taycan.

Jika bercakap tentang model ikonik iaitu 911, belum lagi dan tidak akan kekal sehingga 28 Mei depan dan memecahkan rekod selama lebih enam dekad.

Porsche memaklumkan program pembangunan 911 pertama dengan pacuan hibrid yang memakan masa beberapa tahun telah selesai dan sedia untuk pengeluaran.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Porsche 911 prototype 2024

 

Secara keseluruhan, para jurutera dan pemandu uji telah memandu 911 baharu di dalam program pembangunan pada jarak lebih lima juta kilometer. 

911 diuji di merata tempat dari kawasan sejuk beku sehingga panas membahang dan dari laluan pergunungan sehingga trafik di dalam bandar.

Pengujian dan penalaan di Nürburgring Nordschleife merupakan bab istimewa di dalam pembangunan 911.

Duta jenama Porsche, Jörg Bergmeister berjaya mencatat masa pusingan 7:16.934 minit.

 

Porsche 911 prototype 2024


Angka itu 8.7 saat lebih pantas daripada sebuah model terdahulu yang tidak dinyatakan.

Unit ujian 911 hibrid dilengkapi tayar jalanan standard, kit aerodinamik dengan sayap belakang kekal yang ditawarkan untuk beberapa generasi model di pasaran sekarang.

Beginilah sifat enjin janaan elektrik, pengeluar boleh menalanya untuk kecekapan bahan api dan lonjakan kuasa.

Menurut Jörg Bergmeister, 911 baharu lebih pantas di litar, lebih cengkaman, kuasa lebih tinggi dan tindak balas serta-merta hibrid berprestasi satu kelebihan yang bagus.

 

Porsche 911 prototype 2024

 

Porsche tidak berkongsi lanjut mengenai jenis rangkaian kuasa hibrid sama ada mild-hybrid atau hibrid penuh.

Berkemungkinan juga mild-hybrid kerana bentangan lebih ringkas dan tidak serumit hibrid penuh?

Jawapannya pada 28 Mei nanti apabila bab baharu dibuka untuk 911.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Porsche 911 prototype 2024

Berita Berkenaan

Berita Global
  911 GT3 baharu tampil dengan naik taraf aerodinamik di antaranya pemisah depan dan peresap…
Berita Global
  Permata untuk Porsche ialah 911 GT3 RS yang membawa elemen litar lumba ke jalan raya. Apa yang…
Berita Global
  Porsche turut memperkenalkan 911 Carrera dengan enjin 3.0 liter boxer turbo berkembar yang…