Porsche 911 GT3 2022 boleh ditempah dengan pakej Touring - penampilan rendah diri

oleh Mohamad Hanif|
Porsche 911 GT3 2022 merupakan salah satu model terpantas yang boleh anda dapatkan daripada Porsche, terima kasih kepada enjin NA 4.0 liter flat-six yang menghasilkan 502 hp dan 469 Nm.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, bagi mereka yang lebih gemar merendah diri tanpa sebarang penampilan yang lebih menonjol, Porsche kini menawarkan pakej Touring untuk pembelian 911 GT3 2022.

Pakej Touring ini sebenarnya merupakan satu rujukan kepada kelengkapan yang datang pada model 911 Carrera RS pada tahun 1973.

 


Perubahan yang lebih besar boleh dilihat menerusi ketiadaan sayap kekal yang besar di bahagian belakang 911 GT3, sebaliknya ia digantikan dengan spoiler belakang jenis automatik.

Sementara muka hadapan kereta sports ini menampilkan gril kustom, trim perak di sekeliling tingkap, kemasan perak pada ekzos (atau satin black), serta lencana GT3 Touring pada bahagian belakang.

Anda masih lagi boleh mendapatkan rim yang sama pada model normal GT3 bersaiz 20 atau 21 inci, serta penawaran warna luaran dan kemasan ruang kabin.

 


Namun untuk model GT3 ini, pakej Touring membawakan kemasan kulit berwarna hitam pada roda stereng, tuil gear, pelindung konsol tengah, perehat tangan pada panel pintu, serta pemegang pintu.

Tempat duduk pula dibaluti dengan kulit fabrik, sementara beberapa bahagian lain pada papan pemuka dan konsol tengah pula didatangkan dengan trim aluminium hitam yang diberus.

 


Tidak dilupakan, kelengkapan opsyen yang boleh anda dapatkan (dengan tambahan wang) seperti lampu LED Porsche Dynamic Light System/Plus, sistem brek seramik PCCB, sistem angkat pada gandar hadapan, pakej Chrono dan pakej sistem audio.

Selain daripada itu, Porsche Design turut menawarkan jam tangan chronograph khas untuk pembeli 911 GT3 yang memilih pakej Touring.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, bagi mereka yang duduk di sekitar California, anda terpaksa melupakan hasrat untuk…