Porsche 911 GT2 RS Manthey-Racing - kereta road-legal terpantas di litar Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Perlumbaan mengejar masa terpantas di Litar Nurburgring atau Green Hell ini sememangnya semakin menakutkan apabila saban hari para pengeluar berjaya mencatatkan rekod tersendiri mengalahkan penyandang terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai contoh, jika pada tahun 2016, Lamborghini Huracan Performante berjaya mencatatkan masa 6 minit 52.01 saat, kejayaan tersebut kemudian dirampas oleh Porsche 911 GT2 RS ada September 2017 dengan catatan masa 6 minit 47.1 saat

Kemudian, Lamborghini menerusi model Aventador Superveloce Jota kembali merampas kedudukan tersebut dengan catatan masa 6 minit 44.97 saat dan sudah semestinya Porsche tidak akan berdiam diri dengan kejayaan yang dicatatkan oleh rakyat Sant'Agata Bolognese itu. 
 


Kini, dengan model 911 GT2 RS yang boleh dipandu secara halal di atas jalan, dan dengan bantuan talaan daripada Manthey-Racing, Porsche kini mampu melepasi garisan penamat dengan catatan masa 6 minit 40.3 saat, tujuh saat lebih pantas berbanding versi 911 GT2 RS standard.
 


Butiran modifikasi tidak dinyatakan secara jelas, akan tetapi menurut Porsche, segala tetapan yang ada pada 911 GT2 RS ini telah ditala semula untuk disesuaikan dengan keadaan litar Nurburgring-Nordschleife , menjadikan ia lebih pantas daripada McLaren P1 LM (6 minit 43.2 saat) dan kereta elektrik Nio EP9 (6 minit 45.9 saat).

Hanya masa akan menjadi penentu bilakah catatan ini akan dicantas oleh dua model yang bakal menjenguk pasaran tidak lama lagi; Mercedes-AMG One dan Aston Martin Valkyrie.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan analisa data yang tepat, penghasilan sesebuah komponen itu bukan sahaja menawarkan kekuatan…
Berita Domestik
Ia juga turut menandakan kembalinya jenama Goodyear ke dalam segmen Ultra Ultra High Performance (…
Pelancaran
Dijana menggunakan enjin boxer 3.8 liter biturbo flat six menghasilkan kuasa setinggi 700 hp dan…