Porsche 911 GT2 RS diumumkan sempena pelancaran permainan video Xbox

oleh ONNY IZWAN|

Dalam upacara pelancaran permainan video Xbox baharu Forza Motorsport 7, Porsche turut mengumumkan kereta terbaharunya, 911 GT2 RS.

Forza 7

 

Pengumuman ini telah menjadi kejutan pada semua peminat-peminat kereta Porsche kerana ia belum pernah dilakukan oleh mana-mana pengeluar kereta sebelum ini. 

 

Model 911 GT2 RS ialah model terunggul bagi pemandu Porsche yang inginkan tahap pengendalian dan prestasi yang terbaik. 

 

911 GT2 RS-1

 

Ia dikatakan menggunakan enjin 3.8-liter enam silinder mendatar turbo berkembar jenis “flat-six” yang menghasilkan 650 hp dan 780 Nm tenaga tork. 

 

Ia juga telah ditala secara khusus di litar termashyur Nurburgring di Jerman. 

 

911 GT2 RS-2

 

Ia diumumkan di acara terkenal E3, atau Electronic Entertainment Expo di Los Angeles, Amerika Syarikat. Ia sempena pelancaran alat permainan video terbaharu Microsoft iaitu Xbox One X dan juga permainan video lumba kereta terkenal, Forza Motorsport 7.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangunkan hasil kerjasama antara Porsche Cars Australia dan Porsche Exclusive Manufaktur, model…
Sukan Bermotor
Ini merupakan kali pertama model 911 digunakan sebagai asas untuk jentera GT4 selepas hampir…
Berita Global
Walaupun pengeluar dari Stuttgart itu terus melabur dalam pembangunan EV, enjin pembakaran dalaman…