Porsche 911 - generasi kelapan kini di Malaysia (harga dari RM1.15 juta)

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance selaku pengimport dan pengedar kenderaan Porsche di Malaysia telah melancarkan Porsche 911 generasi kelapan di Litar Antarabangsa Sepang.

Dalam masa yang sama, ia juga turut meraikan penyertaan jentera 911 GT3 Cup di Porsche Carrera Cup Asia yang akan berlangsung di Sepang pada hujung minggu ini. 

Porsche 911 membawakan rekaan profil perlumbaan yang ikonik, serba moden dan  tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
 


Casis juga kini lebar 25 mm di bahagian hadapan dan menempatkan lampu utama LED dengan DRL empat poin. 

Manakala di bahagian belakang pula menempatkan spoiler yang boleh diubah dan kini lebih lebar diakhiri dengan bar lampu yang melintangi bahagian tersebut. 
 


Rekaan papan pemuka menampilkan kombinasi harmoni elemen tradisional dan teknologi terkini seperti meter rev analog yang diapit dengan dua skrin paparan bersaiz 7 inci yang memberikan maklumat pemanduan semasa. 

Di bahagian tengah pula terdapat skrin infotainmen bersaiz 10.9 inci Porsche Communication Management yang mampu dioperasikan dengan cepat dan tanpa gangguan. 
 


Enjin flat-six turbo generasi baharu yang telah ditambah baik dan kini mampu menjana tambahan 30 kuasa kuda dan 30 Nm lebih berbanding enjin terdahulu, terima kasih kepada penggunaan sistem suntikan, pengecas turbo dan sistem penyejukan charge air. 

Ini bermakna, Porsche 911 kini mampu menghamburkan kuasa setinggi 450 hp @ 6,500 rpm dan daya kilas 530 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 2,300-5,000 rpm. 
 


Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi klac berkembar PDK lapan nisbah kelajuan, dengan masa pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat (3.6 saat untuk model Carrera 4S).

Kelajuan tertinggi bagi Porsche 911 Carrera S dan Porsche 911 Carrera 4S pula dicatatkan pada 308 km/j dan 306 km/j, manakala bacaan penggunaan bahan api pula mampu mencapai serendah 8.9 liter untuk setiap 100 km.

Harga jualan adalah seperti berikut: 

Porsche 911 Carrera S: RM1,150,000.00
Porsche 911 Carrera 4S: RM1,220,000.00

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk varian lego ini, ia menggunakan sebanyak 180-kepingan Lego, lengkap dengan pemandu dan tiga…
Berita Global
  Lamborghini mempunyai Urus, Porsche dengan Cayenne, Panamera dan Macan manakala pemilik Ferrari…
Informasi
Model-model Porsche memang menggunakan nama tiga digit sejak dari awal ia bermula. Contohnya,…