Porsche 911 dilengkapi 'wet mode' - Untuk redah air?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila kelibat kereta mewah atau eksotik melintas di depan mata, ada yang terlintas dan berasa seronok jika dapat memandu dan memilikinya. Hakikatnya tidak begitu.

Kereta yang mahal tidak semestinya menepati citarasa semua orang. Ada kereta yang begitu mahal harganya tetapi kerusi belakang macam dibuat dari batu.

Kereta super pula jarang digunakan secara harian untuk ke tempat kerja atau pulang ke kampung.

Jadi tidak hairan apabila pengeluar kereta mahal dan super mempunyai model yang praktikal untuk kegunaan harian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Porsche 911 2019

 

Lamborghini mempunyai Urus, Porsche dengan Cayenne, Panamera dan Macan manakala pemilik Ferrari pula boleh memilih Maserati Levante.

Satu perkara lagi ialah tidak semua kereta dalam kelompok ini sesuai untuk semua orang.

Pemandu perlu mempunyai pengalaman dan skil tertentu jadi apa yang pengeluar buat ialah mengadakan program pemanduan khusus supaya pemilik mengenali kereta mereka dengan lebih mendalam.

Tidak dinafikan kereta hari ini dilengkapi pelbagai kelengkapan elektronik supaya lebih selamat terutama sekali dalam situasi kecemasan.

Laporan dari Automotive News mendedahkan satu perkara menarik tentang Porsche 911.

 

Porsche 911 2019

 

Model ini memang popular sebagai sebuah kereta sport yang seimbang di antara prestasi dan kegunaan harian.

Namun satu masalah mengenai model ini ialah apabila melalui jalan berair atau sewaktu hujan lebat.

Katanya fokus jurutera pada masa lalu ialah memperbaiki pengendalian di atas jalan kering dan bukan di atas jalan basah.

Ditambah pula kombinasi berat kereta yang ringan dan tayar lebar mengakibatkan kereta mudah mengalami hydroplane berbanding SUV yang lebih berat dengan tayar lebih slim

Kaedah terbaik apabila berhadapan dengan keadaan sebegitu ialah mengurangkan kelajuan dan beralih ke lorong perlahan.

 

Porsche 911 2019

 

Walaupun begitu pemandu Porsche 911 tidak biasa dengan keadaan ini dan mengharapkan sistem kawalan seperti ESP dapat membantu menstabilkan kereta.

Suatu yang menarik apabila Ketua Pembangunan Casis Kereta Sport Porsche, Ulrich Morbitzer mendedahkan sistem tersebut bukan direka untuk keadaan sebegitu dan hanya dapat membantu sedikit sahaja.

Jadi apa yang Porsche buat?

Gabungan di antara mekanikal dan elektronik. Porsche 911 baharu dilengkapi penggalak brek elektronik, suspensi boleh laras berterusan dan roda bersaiz 21 inci.

Kesemua 911 baharu akan dilengkapi sistem keselamatan baharu ini. Sistem elektronik tersebut dipanggil mod basah atau wet mode dan ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

 

Porsche 911 2019

 

Cara ia berfungsi tidak terlalu komplikated. Sensor akan mengesan dan menganalisa keadaan air di atas jalan raya dan kemudian memberi peringatan kepada pemandu untuk mengaktifkan mod basah.

Apabila diaktifkan, kereta akan bersiap sedia jika berpotensi untuk mengalami hydroplanning. Tujahan enjin akan dikurangkan dan pengagihan kuasa akan diberatkan kepada tayar depan untuk lebih kestabilan.

Spoiler belakang pula akan dilaraskan untuk menghasilkan lebih kuasa mendapan. 

Sistem pengawal keselamatan untuk keselamatan seperti pengurusan kestabilan Porsche (PSM) dan pengurusan daya cengkaman Porsche (PTM) pula dilaras supaya lebih sensitif.

Menurut Morbitzer lagi, pada peringkat awal mod basah ini hanya akan diperkenalkan pada model berprestasi tinggi seperti 911 Turbo.

 

Porsche 911 2019

 

Segalanya berubah apabila August Achleitner, jurutera siri model 911 membaca mengenai satu kemalangan di Austria di mana seorang pemandu hilang kawalan di atas jalan raya yang basah.

Kisah dan kejadian ini sebenarnya turut memberi pengajaran untuk kita, tidak kira berapa canggih dan mahal kereta yang dipandu, sentiasa berwaspada apabila memandu dalam keadaan hujan dan jalan raya basah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Sumber: Autonews

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…