Porsche 718 Cayman GT4, Spyder dilancarkan - bermula dari RM970 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) membawakan dua buah model baharu berprestasi tinggi ke dalam keluarga 718, iaitu Porsche 718 Cayman GT4 dan Porsche 718 Spyder.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Sebagai satu-satunya barisan model Porsche yang menampilkan konsep enjin tengah (mid-engine), Porsche model 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder hadir dengan enjin 4.0 liter aspirasi natural flat-six yang digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan angka output setinggi 420 PS dan daya kilas 420 Nm yang membenarkan pecutan 0-100 km/j sepantas 4.4 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 301 km/j.

 


Antara ciri menarik yang didatangkan adalah kawalan silinder adaptif yang membenarkan operasi silinder dinyahaktif untuk tujuan penjimatan bahan api, dan dibantu dengan penggunaan penyuntik bahan api piezo yang menyokong proses pembakaran bahan api dengan lebih sempurna, sekaligus menjadikannya lebih mesra alam.

Melengkapkan lagi enjin yang berkuasa ini adalah fungsi rev-match yang terdapat pada transmisi manual itu tadi bagi menjamin pemanduan yang lebih mengujakan dan penukaran gear yang lebih sporti.

Angka output yang bertenaga itu diselarikan dengan penggunaan casis GT berprestasi tinggi yang dioptimasikan untuk dinamik pemanduan yang lebih baik dan stabil, terutama ketika kelajuan tinggi.

 


Ia disumbangkan dengan penggunaan teknologi perlumbaan seperti spring-strut hadapan dan gandar belakang yang ringan, diikuti dengan opsyen untuk menala sendiri aspek ketinggian, camber, toe angle dan bar anti-oleng mengikut kehendak.

Porsche 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder didatangkan dengan ciri Porsche Active Suspension Management (PASM) dengan tetapan yang mampu merendahkan titik graviti rapat ke tanah, sekaligus menambahbaik dinamik pemanduan.

Selain daripada itu, ia dibantu dengan ciri Porsche Torque Vectoring (PTV) dengan kekunci diff belakang mekanikal, tayar berprestasi tinggi (UHP) Michelin Pilot Sport Cup 2, serta sistem brek dengan angkup brek monobloc daripada aluminium.

Pembeli juga boleh memilih untuk menaiktaraf sistem brek kepada Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) untuk prestasi pemberhentian yang lebih berkesan.

 


Aspek aerodinamik bagi kedua-dua model menerima pendekatan yang berbeza, di mana Porsche 718 Cayman GT4 mampu menjana lebih daya turun sebanyak 20 peratus, terima kasih kepada pemasangan sayap belakang kekal berbanding model terdahulu, manakala bahagian hadapan pula telah dioptimasikan dengan kehadiran lip spoiler hadapan dan 'air curtains'.

Manakala model Porsche 718 Spyder pula mendapat ciri spoiler jenis retractable yang akan naik secara automatik pada kelajuan 120 km/j dan mampu mengurangkan daya angkat, dan meningkatkan tahap kestabilan, serta diffuser yang berfungsi - pertama di dalam keluarga Boxster - untuk menjana daya turun aerodinamik pada gandar belakang.

Harga jualan pula adalah seperti berikut:

Porsche 718 Cayman GT4 - RM999,000,00
Porsche 718 Spyder - RM970,000.00

Berita Berkenaan

Berita Global
    Bot sport ini berukuran 8.67 meter (m) panjang dan 2.49 m lebar. Motor PSM (Permanent Magnet…
Berita Global
  911 GT3 baharu tampil dengan naik taraf aerodinamik di antaranya pemisah depan dan peresap…
Berita Global
  Permata untuk Porsche ialah 911 GT3 RS yang membawa elemen litar lumba ke jalan raya. Apa yang…