Porsche 718 Cayman, Boxster elektrik mungkin tiba 2025 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Porsche 718 Cayman/Boxster kini sudah berada dalam generasi keempat yang dilancarkan sejak tahun 2016, dan terdapat laporan yang menyebut kereta sports itu bakal ditawarkan dalam trenkuasa elektrik menjelang tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Car and Driver, model 718 versi EV telah pun diperlihatkan menerusi model konsep Mission R awal bulan lalu, dimana anda boleh menggambarkan versi produksi yang sebenar dengan 'membuang' segala komponen aerodinamik yang biasanya dikhaskan untuk tujuan perlumbaan.

Namun, Porsche turut mempunyai beberapa cabaran untuk membangunkan model 718 EV, seperti contoh mensasarkan berat sekitar 1,656 kg disebabkan pek bateri yang agak berat, meskipun Porsche telah membangunkan platform PPE yang lebih pendek untuk model ini.
 

EV


Selain itu, Porsche juga turut mensasarkan jarak gerak minimum sekitar 402 km, dengan konfigurasi asas motor elektrik tunggal di belakang, atau varian pacuan semua roda dengan motor elektrik berkembar.

Sama seperti penawaran sedia ada, Porsche 718 EV bakal ditawarkan sebagai model Boxster dan Cayman, dengan rekaan badan yang hampir menyamai model semasa dan dengan muka hadapan seakan model Taycan.

Baca: Porsche Mission R Concept

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Sudah lebih tiga tahun, kini sebanyak 100,000 unit Porsche Taycan telah berjaya disempurnakan…
Berita Global
Benua Eropah mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus, dengan 42,204 unit kenderaan telah…