Populariti kei truck meningkat di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran Amerika Syarikat, tidak semua pihak mempunyai keperluan untuk menggunakan trak-trak bersaiz besar.

Terutama di kawasan pedalaman, kebanyakan petani di sana mula mencari trak bersaiz kecil dari Jepun (kei truck) untuk dijadikan sebagai kuda kerja seharian.
 

acty


Menurut laporan portal Economist, Jake Morgan, petani di North Carolina menjelaskan beliau membeli sebuah kei truck Honda Acty tahun 1997 setelah menonton video reviu di Internet.

Dengan harga yang cukup murah, sekitar $2,000 sahaja (RM8,926) untuk sebuah trak kecil yang diimport dari Jepun, beliau mengakui kenderaan tersebut sangat berguna untuk dipandu di dalam bangsal, serta kawasan lain yang sukar dimasuki oleh trak pikapnya.
 

acty


Tidak seperti kenderaan off-road side-by-side seperti UTV dan ROV, kei truck sebenarnya boleh didaftarkan secara sah di atas jalan raya di negeri-negeri tertentu.

Namun begitu, Morgan tetap mengakui lori sekecil itu sangat berbahaya dipandu terutama di atas jaringan lebuh raya yang sibuk.
 

acty


Selepas menjual trak kecil pertamanya, Morgan kemudian membeli sebuah lagi trak kecil Honda Acty -  kali ini kenderaan tersebut dilengkapi dengan sistem pendingin hawa dan butang khas yang boleh mengaktifkan dumper di bahagian belakang.

Salah seorang peniaga kenderaan import, Todd Gatto yang merupakan pemilik HVNY Imports berkata, syarikatnya telah menjual lebih daripada 300 unit kenderaan tersebut kepada perniagaan tempatan dalam tempoh beberapa tahun lepas.
 

acty


“Pada mulanya, kami berjaya membawa masuk lima unit, dan menjualnya dalam tempoh tujuh hari sahaja.

Ujarnya lagi, kei truck bukan sahaja popular di kalangan golongan petani, malah perniagaan komersial juga turut berminat untuk mendapatkan trak kecil itu berbanding trak pikap saiz penuh seperti F-250.

Sumber: Economist

Berita Berkenaan

Berita Global
Trak kei varian extended-cab ini membawakan kemasan decal hitam pada bahagian sisi seakan panel…