Polydrop - trailer camper bersegi, sesuai untuk dipadankan pada Cybertruck

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum Tesla tampil dengan idea rekaan berasaskan pembaris pada model Cybertruck, dua orang warga Korea, Kyung-Hyun da Jieun telah pun tampil dengan unit prototaip sebuah trailer camper berbentuk teardrop yang dinamakan sebagai Polydrop pada tahun 2017 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bentuk asal Polydrop ini sememangnya mengingatkan kita kepada model Cybertruck disebabkan bentuk poligonnya yang bersegi.
 

Trailer


Namun dari segi ukuran, Polydrop ini sememangnya kompak, dengan dimensi sepanjang 4.14 meter, lebar 1.8 meter dan tinggi 1.9 meter apabila rak bumbung dan awning dibuka.

Dengan menggunakan kerangka aluminium yang ringan dan tahan karat, berat kering Polydrop halah sekitar 372 kg hingga 499 kg bergantung kepada aksesori yang dimuatkan.
 

polydrop


Terdapat tiga versi yang boleh dipilih, iaitu versi asas P17 Essential berharga $16,990 (RM75,070) , versi pertengahan P17A1 All Electric berharga $28,900 (RM127,695) dan versi tertinggi P17X Explorer berharga $34,990 (RM154,603).

Versi asas didatangkan dengan kelengkapan asas termasuklah ruang memasak outdoor dengan dua dapur penunu, peti sejuk dan sistem bateri terbina.

Dua versi teratas pula dilengkapi dengan ciri seperti sistem pemanas dan pendingin hawa, panel solar, sistem bateri berkapasiti lebih besar, sistem audio terbina dan bermacam-macam lagi.

Sumber: Silodrome

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, tidak semua RV ditampilkan dalam bentuk karavan besar atau rumah treler yang mahal.…