Polisi tambahan untuk "isteri beroda" anda

oleh HEZERI SAMSURI|
Ada ramai yang beranggapan kenderaan mereka itu umpama isteri.

Kepada yang sudah beristeri pula, kenderaan umpama kekasih kedua, di mana ia mendapat belaian kasih sayang lebih dari isteri sebenar. Tak perlu "deny", memang kami sendiri mengaku terjebak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh kerana sayang kita akan kenderaan kita, maka perlindungan tambahan adalah hadiah terbaik yang kita boleh berikan kepada mereka.

Terima kasih atas liberalisasi tarif insuran kenderaan yang bermula Julai tahun ini, pemain industri insurans kita sudah mula menampakkan perubahan dengan pelbagai produk-produk yang terhasil.

Apa yang terjadi sekarang ialah walaupun perbezaan harga yang dibenarkan hanya dalam lingkungan 10 peratus dari harga tarif lama, ia kini membolehkan syarikat insurans beransur-ansur memperkenalkan pakej-pakej baharu yang lebih spesifik untuk penggunaan
kita.

Antara pakej-pakej polisi tambahan itu ialah:

 

Jaminan perlindungan harga semasa dibeli

Pakej ini memberi perlindungan sekiranya kenderaan anda musnah sama sekali atau kos membaiki
sudah melampaui nilai ekonomi, pihak insurans akan membayar perbezaan antara harga pasaran semasa kenderaan itu dengan harga semasa belian, tertakluk kepada had polisi yang dipersetujui.

 

Jaminan cat seluruh kereta

Pakej tambahan ini akan membantu anda menambah bayaran kos cat untuk seluruh
kenderaan bila anda membuat tuntutan pembaikan kenderaan sendiri kepada insurans.

 

 

Pakej gantian alatganti baharu

Polisi tambahan ini membolehkan anda mendapat alatganti terbaik bila anda membuat tuntutan
atas kenderaan anda sendiri. Alatganti baharu menjamin operasi kenderaan anda dalam keadaan optimum, memanjangkan jangka hayat kenderaan anda dan mengurangkan risiko kerosakan yang memerlukan kos pembaikan tambahan.

 

Polisi jaminan perlindungan aset - nilai gantian kereta baharu

Dalam kejadian di mana kenderaan anda termasuk dalam kategori Total Loss atau Beyond Economic Repair (kos pembaikan melampaui nilai ekonomik) seperti di bawah Seksyen A dalam polisi insuran kenderaan, pihak insuran akan membayar perbezaan antara nilai penggantian kenderaan baharu dengan nilai pasaran semasa kenderaan itu termasuk dalam antara dua kategori di atas tadi, tertakluk kepada polisi dan juga had polisi yang dipersetujui.

 

 

Polisi jaminan perlindungan aset - baki pinjaman

Sekiranya kenderaan anda musnah terus (total loss), polisi tambahan ini akan membantu
membayar perbezaan antara kos gantian total loss dan perbezaan baki pinjaman, tertakluk kepada had polisi yang dipersetujui. 

 

 

Sebenarnya, seperti semua pakej-pakej yang diterangkan di sini, ia adalah optional dan tidak wajib, kecuali jika pihak bank sendiri yang mahukannya.

Semua pakej-pakej polisi ini ada terdapat di laman web Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Penggunaan "Motor Product Selector" di laman web PIAM sebenarnya sangat mudah dan sangat telus, dan anda dapat menjimatkan sehingga 10 peratus akan polisi insurans anda sekiranya menggunakan cara online ini.

Careta dan PIAM akan terus menghasilkan artikel-artikel mengenai insurans kenderaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila hantar mesej kepada kami di laman
Facebook kami kepada kami soalan anda.

* Gambar utama:
Copyright: nastenkapeka / 123RF Stock Photo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Tokio Marine telah dilantik sebagai penanggung…
Berita Domestik
  "Disebabkan banjir teruk luar biasa seperti yang dilaporkan secara meluas di pelbagai tempat…
Berita Domestik
Faedah ini juga memberikan satu lagi ruang untuk penukaran mata ganjaran Mesra yang mana pemegang…