Polisi cermin gelap akan diubah dalam masa terdekat - Menteri Pengangkutan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Nampaknya isu cermin gelap masih belum berakhir walaupun pihak JPJ sudah pun mengumumkan polisi baharu awal tahun ini.

"Saya akan umumkan polisi baharu berkaitan cermin gelap dalam masa terdekat selepas mengusulkan perubahan pada JPJ di sidang parlimen hujung bulan ini," umum Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Selain dari itu, beliau juga menyatakan akan ada usul untuk menggunakan nombor plet elektronik dalam dasar perancangan kementerian tersebut.

Anthony bagaimanapun mengakui cabaran untuk menggunakan nombor plet elektronik ialah ia akan membabitkan perniagaan-perniagaan sediada dan juga pelbagai industri.

"Penguatkuasaan adalah dari JPJ dan jabatan itu berada di bawah kementerian. Kerana itu saya telah berikan mereka (JPJ) arahan tegas untuk memastikan undang-undang baharu ini dipatuhi," sambung Anthony.

Beliau juga mengakui masakah cermin gelap dan nombor plet "fancy" adalah isu legasi yang tidak begitu diambil berat oleh menteri-menteri kementerian itu sebelum ini.

 

 

Careta anggap bahawa isu cermin gelap adalah suatu isu remeh dan jika ada perubahan, adalah tidak adil kepada pemilik kenderaan yang telah menghabiskan wang untuk mengikuti peraturan cermin gelap yang dikeluarkan oleh JPJ pada Januari 2018 lalu.

Isu nombor plet fancy adalah lebih penting kerana ia menjadi halangan kepada sistem tol tanpa palang dan juga sistem pengawasan jalanraya menggunakan video.

Malaysia ialah antara negara terakhir yang masih membenarkan pemilik kenderaan menggunakan nombor plet yang dihasilkan oleh pihak ketiga.

Usaha Anthony ini membuktikan beliau benar-benar mengkaji masalah pengangkutan.

Kenapa selama ini Kementerian Pengangkutan tidak ambil endah akan isu-isu tersebut masih menjadi misteri yang tidak mampu dirungkaikan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…