Polis tumpaskan Geng Acu curi kabel ECRL, 5 lelaki ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian
Polis menumpaskan Geng Acu yang terbabit dalam tujuh kes kecurian kabel Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di daerah Kuantan antara 7 Mac hingga 27 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata lima ahli geng itu berumur antara 29 hingga 44 tahun ditahan antara 28 April hingga 6 Mei lalu dalam serbuan di kawasan Kampung Pandan, Jaya Gading, Sungai Lembing dan Beserah di daerah ini.

"Kumpulan ini dikenali sebagai Geng Acu dan empat daripada lima lelaki terbabit secara langsung mencuri kabel, manakala seorang lagi adalah pembeli kabel.

"Siasatan mendapati mereka mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah. Ujian air kencing mendapati empat suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

"Tujuh kes kecurian yang dilaporkan berlaku kawasan ECRL di sekitar Gebeng, KotaSAS dan Panching.

"Jumlah kerugian membabitkan tujuh kes berjumlah RM500,000 termasuk kecurian membabitkan kira-kira 4,200 meter kabel signal yang bertutup dengan penutup longkang dianggarkan RM400,000," katanya pada sidang media pada Jumaat.

Azry Akmar berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas barang kes bernilai RM100,000 iaitu sebuah kereta jenis Toyota Innova, kulit kabel ECRL, alat pemotong besi dan telefon bimbit.

Katanya, lima suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 379 kanun keseksaan, Seksyen 431a Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

"Siasatan juga mendapati Geng Acu ini baru saja terbabit kes kecurian kabel dan siasatan lanjut masih dilakukan," katanya.

Bagi memastikan kes kecurian kabel tidak berlaku di jajaran ECRL di daerah ini, beliau berkata, polis dan pihak ECRL akan bekerjasama melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa, lelaki tempatan…
Berita Domestik
Ketika ini, tempoh sambung reman terhadap suspek berusia 19 tahun yang dilanjutkan dua hari pada…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, polis menerima maklumat…