Polis trafik ‘sambut’ ketibaan geng motosikal RXZ di Pulau Langkawi

oleh SALINA JALIL|
Keseronokan geng motosikal Yamaha RXZ yang dianggap sebagai motosikal kelas 'atasan' bagi menyambut tahun baru di Pulau Langkawi nampaknya terpaksa ditangguhkan.


Menerusi video berdurasi tiga minit yang dikongsi di laman Facebook Yamaha Army memaparkan ratusan penunggang motosikal ditahan polis trafik sebaik sahaja tiba di jeti pulau tersebut.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

 

Difahamkan penunggang-penunggang motosikal itu bergerak secara konvoi dari beberapa buah negeri bagi menyambut tahun baru.

 

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut dengan operasi itu selain menyifatkan ia wajar dilakukan kerana terlalu ramai penunggang motosikal masuk ke pulau tersebut menjelang tahun baru.

 

“Dengarnya 600 biji masuk, lagi 600 biji sampai petang ini. Kami penduduk dan team biker Langkawi alu-alukan ketibaan kawan bikers dari negeri naik, cuma ada segelintir yang buat ramai orang sini menyampah. Jalan sini kena banyak hati-hati sebab ramai keluarga bercuti juga,” kata Baderol.

 

“Motosikal RM50,000 hingga RM100,000, tak ada masalah bayar saman setakat RM1,000,” kata Ahmad Mustakim.

 

“Nak pergi konvoi itu kalau motosikal cukup sifat polis takkan kacau punya,” kata Pit.

 

“Ini mesti ada yang report. Mungkin ada yang buat huru-hara yang mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk. Maklumlah dalam ramai-ramai mesti ada yang suka tunjuk kehebatan masing-masing,” kata Zam.

 

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 200,000 tontonan dan 1,300 komen.

 

Video di bawah ini:

 

 

– K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Polis Pulau Pinang sebelum ini membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) ke atas dua anggota…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafie…
Berita Domestik
  Polis bagaimanapun terus memberikan laluan kepada ambulan tersebut selepas konvoi melepasi…