Polis trafik ditahan reman berhubung kes rasuah RM30,000

oleh Penyumbang Rencana|
foto Buletin TV3
Seorang anggota polis trafik direman empat hari, mulai semalam bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima suapan RM30,000 daripada beberapa individu dan pemilik syarikat lori.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar di Mahkamah Majistret Temerloh,

Difahamkan, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Temerloh kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an disyaki menerima suapan itu sebagai balasan melindungi syarikat lori daripada dikenakan tindakan undang-undang.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta dan menerima suapan itu antara 2024 dan 2025.

"Wang suapan itu percayai diterima daripada beberapa individu pemilik syarikat lori dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek," katanya.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, ketika beliau bersama rakan setugas, Koperal Wan Muhamad Fazreen Wan Nasir, 38, sedang…
Berita Domestik
Menurut Sekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar memaklumkan bahawa gangguan trafik…
Berita Global
Menurut laporan, lelaki terbabit mengikat kepala dan ekor seekor ikan sepanjang satu meter dengan…