Polis trafik dirempuh Alza hilang kawalan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang anggota polis trafik nyaris mengalami kemalangan jiwa selepas terselamat tanpa sebarang kecederaan akibat dirempuh sebuah kenderaan di Bulatan Masjid Negeri, di sini hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 7.40 pagi itu turut tular apabila video rempuhan berkenaan dimuat naik di laman sosial sejak tengah hari tadi.

Difahamkan ketika kejadian, anggota trafik yang berusia 50 tahun itu sedang bertugas mengawal kesesakan lalu lintas di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian itu.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta Perodua Alza dipandu seorang wanita berusia 32 tahun dari arah Tanjung Aru menuju ke Kepayan.

"Sebaik tiba di lokasi, Perodua Alza dikatakan hendak keluar dari bulatan menuju ke terowong Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan tidak semena-mena, muncul sebuah kereta Inokom Hyundai dipandu lelaki 37 tahun masuk ke bulatan dari arah kiri jalan lalu berlanggar pada bahagian sebelah kiri kenderaan.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Alza hilang kawalan lalu meluncur ke hadapan dan terlanggar anggota trafik bersama motosikalnya," katanya.

Habibi dalam pada itu berkata, anggota polis trafik dan kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, dalam rakaman video yang berdurasi 11 saat berkenaan menyaksikan anggota trafik terbabit terus bangun selepas dirempuh dan kemudiannya membuat pemeriksaan terhadap pemandu yang turut terlibat dengan kemalangan.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  "Hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan satu…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka tersebut akan…