Polis tingkatkan pemeriksaan berkala, jangan berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai

oleh SALINA JALIL|
Polis akan membuat pemeriksaan berkala di Lebuhraya Temiang-Pantai, di sini, yang mendapat jolokan 'New Zealand' bagi memastikan tiada aktiviti bersantai di lorong kecemasan terutama pada hujung minggu.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, pemandangan menghijau di lokasi itu seolah-olah di luar negara menjadi tumpuan pengguna jalan raya untuk berhenti dan mengambil gambar.

 

"Meletakkan kenderaan di lorong kecemasan lebih-lebih lagi dalam jumlah yang banyak tidak dibenarkan dan ia menjadi satu kesalahan.

 

"Justeru polis akan melakukan rondaan pemeriksaan bagi memastikan tiada kenderaan diletakkan di lorong kecemasan dan melakukan aktiviti berbahaya lain.

"Saya difahamkan ada juga yang mengambil kesempatan untuk berniaga, ia memang tidak dibenarkan kerana menjadi kesalahan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya tadi.

 

Shafiei berkata, pihaknya akan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai lokasi sesuai yang dibenarkan bergambar.

 

"Orang ramai diminta tidak melakukan sesuatu aktiviti di lokasi terbabit yang boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain," katanya.

 

Baru-baru ini pihak media telah melaporkan beberapa gambar menunjukkan sekumpulan individu daripada kelab kereta berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang- Pantai di Seremban.

 

Tindakan itu tular di media sosial sebelum polis memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta untuk memberi keterangan.

 

Difahamkan polis sudah mengenalpasti 48 kereta terbabit dalam insiden itu.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata hasil…
Berita Domestik
  "Jumlah kematian direkodkan adalah 134 kes berbanding 119 kes tahun sebelumnya, menunjukkan…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…