Polis tidak terima laporan cubaan tarik kereta di R&R Tapah

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Polis meminta seorang wanita hadir ke Balai Polis Tapah untuk memberi keterangan terhadap cubaan tarik kenderaan yang didakwanya berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya ambil maklum dengan video tular tersebut dan semakan mendapati tiada laporan polis diterima setakat ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

"Tiada aduan diterima daripada mana-mana pihak berhubung kes itu. Kalau wanita tersebut boleh hadir untuk diambil keterangan, ia dapat membantu kita membuat siasatan.

"Pada masa sama, tindakan pencegahan juga sentiasa dilaksanakan dengan mengadakan program 'Talk to Us' selain rondaan cegah jenayah oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB)," katanya pada Sabtu.

Terdahulu, tular rakaman video seorang wanita menceritakan pengalaman sepupunya terhadap taktik seorang lelaki yang cuba tarik kereta tanpa dokumen sah ketika berhenti berhampiran sebuah stesen minyak di hentian hala utara itu.

Semakan pihaknya juga mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan dua lelaki dalam kejadian itu adalah palsu.

Menerusi video itu, dia menasihatkan warganet untuk sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara lokasi yang terpilih adalah seperti berikut;     Pada masa yang sama, PLUS juga sedang…
Berita Domestik
  Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, permohonan akan dibuat kerajaan negeri kerana…
Berita Domestik
Penutupan tersebut adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja naik taraf kemudahan dan…