Polis: Tiada unsur sabotaj - Anggota polis cedera, terjerut leher dengan tali layang-layang

oleh SALINA JALIL|
Seorang anggota polis yang menunggang motosikal cedera pada leher selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Kilometer 129.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Butterworth di sini Ahad lalu.


Terdahulu, kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu tular di media sosial selepas pengguna memuat naik video yang memaparkan rakaman berkenaan kejadian itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menerusi rakaman itu ia memaparkan keadaan mangsa yang luka pada leher akibat tersangkut tali tangsi ketika menunggang motosikal di lorong kiri.

 

Kejadian itu berlaku ketika anggota berusia 24 tahun tersebut selesai tugasan di Hospital Bukit Mertajam dan dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

 

Polis menafikan dakwaan wujud unsur sabotaj dalam kejadian seorang anggota polis cedera di leher berikutan tali tangsi ditemui di Kilometer (KM) 129.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Sungai Dua di sini, Ahad lalu.

 

Sebaliknya siasatan polis mendapati tali tangsi itu adalah tali layang-layang yang dipercayai terputus sebelum terjatuh di lebuh raya berkenaan.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian terbabit tiada unsur sabotaj.

 

“Ia dipercayai tali layang-layang yang tersangkut dan orang ramai diminta tidak gusar kerana siasatan polis dan pengendali lebuh raya mendapati tiada unsur khianat,” katanya ketika dihubungi.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…