Ketua Polis Sadao Kol. Pol. Bantheng Laochareng berkata siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan orang tengah yang diupah untuk menyeludup masuk kenderaan itu ke Thailand.
"Setakat ini pemilik kenderaan itu belum tampil membuat laporan akan kehilangan kenderaan itu.
"Polis Thailand sedang berhubung dengan polis Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan itu," katanya kepada Bernama pada Selasa.