Polis Thailand rekrut Tesla Model 3 sebagai kereta peronda!

oleh Mohamad Hanif|
Satu berita menarik hadir daripada negara jiran kita, Thailand apabila pasukan polis negara Gajah Putih itu mula menggunakan kenderaan elektrik sebagai sebahagian daripada fleet peronda mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lebih tepat lagi, polis Thailand telah pun membelanjakan sekitar $2.7 juta (RM11 juta) untuk program pajakan tujuh unit Tesla Model 3 selama lima tahun berdasarkan satu dokumen yang diperoleh daripada laman web Thai Police.

Ketujuh-tujuh unit Tesla Model 3 itu juga turut dilengkapi dengan peralatan kegunaan polis termasuklah komputer dan juga bar lampu.

Ini bermakna, pihak polis Thailand membelanjakan sekitar $570,000 untuk setiap unit Model 3 dalam tempoh masa lima tahun, dan tidak diketahui sama ada harga tersebut disekalikan dengan peralatan polis.

Malah, menurut laporan daripada CompareTheMarket, Thailand merupakan antara negara yang mahal untuk memiliki sebuah EV dengan kos purata sebanyak $64,675 (RM283 ribu) di belakang Singapura dengan kos purata $110,326 (RM482 ribu).

 


Bergantung kepada spesifikasi, Tesla Model 3 didatangkan dengan konfigurasi motor elektrik tunggal atau motor elektrik berkembar dengan kuasa sehingga 450 kuasa kuda dan 659 Nm daya kilas.

Ia mampu memecut sepantas 3.2 saat dari 0-100 km/j bagi varian semua roda dengan jarak operasi sehingga 530 kilometer mengikut data kitaran WLTP.

Sumber: Teslarati

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Tesla Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat servis yang terletak di…
Berita Global
Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka…