Polis Texas guna Camaro sebagai undercover tangkap pemandu laju

oleh Mohamad Hanif|
Kereta zaman moden kini semakin senang untuk dipandu laju, dan pihak berkuasa nampaknya memerlukan sebuah model kenderaan yang bersesuaian dengan tugas untuk membasmi kesalahan pemanduan yang terlalu laju di atas lebuh raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pasukan polis Harris County Sheriff's Office baru-baru ini dikesan menggunakan armada kereta polis 'hantu' yang turut merangkumi lima unit Chevrolet Camaro.

Sekali imbas, tiada bezanya Camaro putih ini disebabkan ketiadaan kelengkapan standard MPV polis seperti lampu strob, atau liveri polis pada bahagian luaran.

 

Chevrolet Camaro


Namun, jika dilihat dari jarak dekat, kelima-lima Camaro ini menampilkan penandaan 'Sheriff' dan '911' berwarna putih kelabu, manakala lampu bar LED pula disorokkan dalam ruang kabin dan sukar untuk dikesan sekiranya tidak digunakan.

Menurut laporan daripad Chron, armada Chevrolet Camaro ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kesalahan memandu terlalu laju di atas lebuh raya, memandangkan kawasan tersebut lebih dikenali kerana mempunyai jaringan jalan raya yang paling mendatangkan maut di negara itu.