Polis Terengganu - 5,042 saman pandu laju dikeluarkan dalam masa tiga hari

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis Terengganu mengeluarkan sebanyak 6,094 saman atas pelbagai kesalahan dalam tempoh tiga hari pertama pelaksanaan Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina, sejak Jumaat lalu dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,042 merupakan saman pandu laju.


Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC) Wan Rukman Wan Hassan berkata, kemasukan sehingga 37,836 kenderaan dalam sehari di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan saman trafik berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Pada 28 dan 29 Januari lalu, jumlah kenderaan di LPT2 dikesan meningkat tiga kali ganda berbanding kebiasaan.

 

“Di samping itu, sebanyak 98 kes kemalangan dengan dua kematian direkodkan sepanjang tiga hari Op Selamat berbanding 85 kes dan tiga kematian yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun 2020,” katanya.

 

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh semalam.

 

Sementara itu, Wan Rukman berkata, polis turut membuat tujuh sekatan jalan raya di seluruh negeri dengan melibatkan seramai 163 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

 

Katanya, selain untuk membendung peningkatan kemalangan jalan raya dan kematian, Op Selamat juga dapat melancarkan aliran trafik di samping mencegah kejadian pecah rumah.

 

“Tumpuan kita adalah kepada enam kesalahan utama antaranya had laju, melanggar lampu isyarat, penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan memotong garisan berkembar,” katanya.

 

 

-UTUSAN ONLINE 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…