Polis tahan remaja 14 tahun, ada rekod 39 kali cubaan curi kereta Kia, Hyundai

oleh Mohamad Hanif|
Seorang remaja berusia 14 tahun telah berjaya ditahan pihak berkuasa di Plano, Texas berhubung kes kecurian kereta.

Siasatan polis mendapati remaja tersebut merupakan individu yang sama terlibat di dalam 39 kes kecurian atau cubaan mencuri yang telah berlaku sebelum ini - kesemuanya merupakan kereta berjenama Hyundai dan Kia.

Lebih membimbangkan, kes-kes kecurian tersebut dikatakan berpunca daripada video TikTok yang tular di media sosial.

Menurut pegawai polis dari Plano Police Department, Jennifer Chapman, terdapat peningkatan trend kes pecah masuk di kalangan remaja, di mana mereka mempelajari cara untuk melakukannya menerusi video di laman sosial.

Tahun lepas, Chapman mendedahkan angka kecurian meningkat sebanyak 15 peratus di Plano.

Pada bulan Februari yang lalu, Hyundai dan Kia menawarkan kemaskini perisian keselamatan secara percuma kepada para pemilik kenderaan, serta bersetuju untuk membayar pampasan bernilai $200 juta (RM915 juta) kepada 9 juta pemilik di Amerika Syarikat.

Sumber: Fox4 News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, jenayah kecurian kabel tidak boleh dianggap sebagai kes kecurian biasa kerana ia memberi…
Berita Domestik
Beliau berkata bagi sabitan kesalahan kecurian atau khianat, pihak pendakwaan perlu membuktikan…
Berita Domestik
"Mereka yang terlibat dalam kes ini hanya menyasarkan kabel overhead dan ground serta kotak…