Polis telah berjaya mengesan dan menahan pemandu lelaki tersebut yang memandu secara melulu sehingga boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain dalam kejadian di Kilometer (KM) 165 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala arah utara, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, suspek warga tempatan direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, penahanan suspek dibuat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan.
"Orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Albukhari Ishak di talian 013-5822236 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
"Polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mendatangkan risiko kemalangan, serta sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.