Polis tahan lelaki baling sepana

oleh Mohamad Hanif|
Penunggang motosikal yang dipercayai membaling sepana kearah sebuah kereta sehingga cermin belakang kenderaan terbabit pecah ditahan petang ini.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya berjaya menahan suspek di Taman Wangsa Melawati pada pukul 3.30 petang.

“Suspek merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun dan hasil semakan mendapati tiada kesalahan jenayah lampau direkodkan.

“Kita akan memohon reman esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang penunggang motosikal berang apabila dihon kerana memotong sebuah kereta jenis Toyota Vellfire secara berbahaya di Jalan Kuching.

Lelaki itu kemudian menghimpit kereta tersebut sebelum membaling sebatang sepana sehingga cermin belakang kenderaan mangsa pecah.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, yang memegang jawatan sebagai Penolong…
Berita Domestik
  "Kenderaan itu dikesan menggunakan strobe light di bahagian cermin hadapan.   "Pemandu berusia…
Berita Domestik
  "Ketika dihampiri, kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire itu memecut laju dan enggan berhenti…