Operasi yang dikendalikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) ibu pejabat polis Hulu Selangor itu berlangsung dari 7.00 pagi hingga 10.00 pagi dan 40 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.
Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, operasi itu dijalankan bagi mengekang dan mencegah pelanggaran undang-undang jalan raya di kawasan itu.
“Antara kesalahan yang dilakukan ialah memotong di garisan berkembar, melebihi had laju, memandu tanpa lesen, dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
“Bagaimanapun, tiada kenderaan dirampas dan tiada pemandu ditahan dalam operasi ini,” kata Faizal.
Beliau berkata pemantauan mendedahkan Jalan Ulu Yam Bharu-Sungai Tua adalah laluan popular untuk konvoi pemandu dan penunggang motosikal, dengan sesetengahnya memandu secara berbahaya.
“Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan mengenai perlumbaan, namun kita akan terus memantau keadaan.
“Pemandu dan penunggang motosikal diingatkan supaya memandu dengan selamat, mematuhi undang-undang jalan raya, dan tidak mementingkan diri sendiri,” kata Faizal.
SUMBER : NewStraitsTimes