Polis tahan dua pelajar kolej cuba palsukan dokumen rentas negeri

oleh Mohamad Hanif|
Polis menahan dua penuntut wanita kolej swasta berusia 22 tahun kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang, pada Isnin lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kedua-dua suspek yang menaiki kenderaan sama ditahan di sekatan jalan raya selepas Plaza Tol Bentong, pada 6.45 petang selepas anggota bertugas meragui kesahihan borang dikemukakan mereka.

"Siasatan awal mempercayai cap dan tandatangan ketua balai yang meluluskan borang itu bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan atas alasan menghadiri kelas adalah palsu yang dihasilkan dengan menggunakan mesin pengimbas.

"Polis turut menemukan salinan borang kosong dengan tandatangan palsu dikatakan milik ketua balai polis di telefon pintar seorang daripada suspek, yang dipercayai digunakan bagi menghasilkan borang rentas negeri itu," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zaiham berkata ujian saringan air kencing seorang daripada suspek juga didapati positif ganja.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu serta Seksyen 471 kanun sama atas kesalahan menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, arahan itu dikeluarkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini yang…
Berita Domestik
Ini adalah berikutan kadar vaksinasi dua dos vaksin bagi populasi dewasa kini telah mencapai 90…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,…