Polis South Wales uji Ranger Raptor, Focus ST Estate sebagai jentera peronda

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Polis South Wales kini mempunyai dua jentera peronda baharu yang bakal digunakan bagi menakutkan pihak penjenayah di sekitar UK, iaitu Ford Ranger Raptor dan juga Ford Focus ST.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, pasukan polis South Wales merupakan pasukan polis pertama di UK yang memilih untuk menguji trak pikap Ford Ranger Raptor sebagai sebuah kereta polis.

 


Kedua-dua jentera ini dibangunkan oleh pasukan Special Vehicle Preparation Ford di Essex, dan lengkap dengan segala kelengkapan komunikasi pasukan polis dan yang lebih penting, liveri dan siren yang bakal menakutkan pihak penjahat. 

Tiada sebarang naiktaraf kepada trenkuasa diesel 2.0 liter turbo berkembar sedia ada (210 hp, 500 Nm), jadi dengan kemampuan memecut dari sifar ke 100 km/j dalam lingkungan 10 saat dan berat sekitar 2.5 tan, ia bukanlah satu pilihan yang ideal terutama apabila pihak yang dikejar memiliki kepantasan yang diperlukan untuk melarikan diri. 
 


Akan tetapi, prestasi trak pikap ini lebih menyerlah sekiranya di kawasan off-road, terima kasih kepada casis yang diperkukuh, sistem suspensi Fox dan tayar BF Goodrich all-terrain sebagai ciri standard. 

Mereka turut menguji prestasi Ford Focus ST Estate, sebuah wagon dengan kuasa 276 hp dan memiliki kelajuan maksimum 250 km/j!
 


Ford Focus ST Estate didatangkan dengan enjin 2.3 liter EcoBoost, sistem transmisi manual enam nisbah kelajuan (atau transmisi auto tujuh kelajuan), dan keupayaan untuk memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…