Polis sita 36 motosikal di Pulau Pinang

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari Facebook PDRM Pulau Pinang
Polis menyita 19 motosikal dan sebuah kereta dalam operasi bersepadu Op Khas Samseng Jalanan di daerah Barat Daya, di Balik Pulau, yang bermula 10 malam Ahad hingga 6 pagi Isnin.


Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya turut mengeluarkan 47 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Operasi khas itu dijalankan di kawasan Bayan Baru dan Bayan Lepas sebagai usaha membendung 'mat rempit' dan samseng jalanan. Semua kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Operasi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya dan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pulau Pinang bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi tumpuan mat rempit atau samseng jalanan berlumba dan menunggang motosikal secara melulu serta berbahaya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata operasi juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Asri Shafie berkata pihaknya menyita 17 motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) Bagan Ajam bermula 11 malam Ahad..

Beliau berkata polis turut mengeluarkan 90 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi operasi yang dijalankan susulan aduan berkaitan kegiatan mat rempit dan samseng jalanan yang mengganggu ketenteraman awam itu.

Katanya pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan mat rempit dan samseng jalanan serta operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,…