Polis - siasatan sama ada remaja miliki lesen serta punca insiden akan diadakan

oleh SALINA JALIL|
Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kemalangan tiga motosikal yang mengorbankan tiga remaja di Taman Kota Masai, di Pasir Gudang, malam Jumaat, termasuk sama ada mangsa memiliki lesen memandu.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata siasatan akan meliputi semua aspek, dengan fokus peringkat awal ialah mengenal pasti punca insiden berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Selain itu, beliau berkata, polis juga akan menyiasat sama ada kumpulan remaja terbabit memiliki lesen atau sebaliknya.

 

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil siasatan dilakukan," katanya.

 

Kejadian kira-kira jam 10.30 malam di Jalan Delima, Taman Kota Masai, dipercayai berlaku apabila tiga motosikal dipercayai merempuh sesama sendiri.

 

Kejadian itu menyebabkan tiga mangsa yang menunggang atau membonceng motosikal berkenaan tercampak serta terlanggar batu di bahu kiri jalan, manakala seorang lagi mangsa jatuh di bahu kanan jalan.

 

Mangsa maut membabitkan remaja berusia 15 hingga 16 tahun, manakala seorang mangsa berumur 17 tahun pula parah.

 

Ditanya sama ada ibu bapa atau penjaga akan dikenakan tindakan undang-undang jika membiarkan anak-anak terbabit aktiviti tidak sihat, Mohd Sohaimi berkata, ia bergantung kepada hasil siasatan.

 

"Polis menasihati orang ramai, terutama ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak, khususnya mereka yang masih bawah umur.

 

"Ini termasuk jangan membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak terbabit kegiatan lumba haram," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…