Polis siasat video tular anggota trafik minta pelancong bayar saman RM100

oleh Mohamad Hanif|
Polis Bukit Aman sedang menyiasat video tular berhubung salah laku yang dibuat oleh anggota trafik yang menyaman dan menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian.

Berdasarkan video yang dimuatnaik di platform YouTube "Tread The Globe", pasangan warganegara United Kingdom, Chris dan Marianne Fisher telah disaman kerana didapati memandu melebihi had laju.

 


Apa yang menghairankan ialah anggota polis trafik tersebut memberikan pilihan kepada mereka untuk membayar RM300 di balai polis, atau RM100 terus di tempat kejadian.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku melibatkan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.

 

Sumber: Buletin TV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, lori berkenaan dikesan telah membuang sampah domestik serta sisa kerja pendawaian secara…
Berita Domestik
"Mereka ingat boleh (buang sampah di tempat awam), sekarang tidak boleh. Kita nak Singapura bersih…
Berita Domestik
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata secara keseluruhan 313,529 notis saman…