Polis siasat kes Alphard potong garisan berkembar

oleh Mohamad Hanif|
Polis membuka siasatan terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard milik seorang timbalan menteri susulan rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam yang mendakwa dia melanggar peraturan jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Supt Suhaimi Jusoh berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan berkenaan.

"Saya mengesahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menerima satu laporan polis berkaitan perkara tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, rakaman video yang tular itu memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran P45 berkenaan memotong kenderaan di hadapan di garisan berkembar meskipun terdapat kenderaan lain di atas jalan tersebut dari arah bertentangan.

Katanya, kejadian itu berlaku di Jalan Bukit Marak - Binjai, Kota Bharu.

Terdahulu, difahamkan video tersebut dirakam seorang pengguna jalan raya sebelum ia tersebar secara meluas di media-media sosial.

Video berdurasi 38 saat itu turut dilatari dengan rungutan individu tersebut yang marah dengan tindakan pemandu kereta berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang kecil, masa yang terluang itu…
Berita Global
Buat masa ini, tiada sebarang perincian berhubung spesifikasi model minivan tersebut, melainkan…
Berita Domestik
  Kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan…