Polis Selangor: 4,832 kenderaan diarah berpatah balik, permohonan rentas negeri dengan alasan paling munasabah diluluskan

oleh SALINA JALIL|
Polis Selangor hanya akan pertimbangkan permohonan mana-mana pihak untuk merentas negeri dengan alasan paling munasabah selagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.


Jurucakap Khas Op COVID-19 Polis Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata antara permohonan rentas negeri yang diberi pertimbangan utama untuk diluluskan pasukan keselamatan itu adalah berkaitan kecemasan dan kematian.


Beliau berkata setakat semalam, Polis Selangor menerima 1,902 permohonan untuk merentas negeri dengan 1,674 daripadanya diluluskan iaitu berkaitan rawatan perubatan (484), kematian (181), kecemasan (869) dan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan (140).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Untuk sekatan jalan raya (SJR) di lebuh raya, setakat ini kami lakukan di lima lokasi khususnya di laluan masuk ke negeri ini selain 11 SJR antara negeri di lima daerah bagi memantau pergerakan orang awam.

 

“Polis juga akan mempertingkat kawalan menerusi SJR di kawasan strategik bagi mengesan mana-mana pihak yang cuba menyelinap balik ke lokasi asal selepas pulang berhari raya di kampung,” katanya pada sidang media semalam.

 

Pada masa sama, katanya sejumlah 523 kompaun atas pelbagai kesalahan dikeluarkan sejak 22 Mei hingga semalam dan sebanyak 4,832 kenderaan diarah berpatah balik kerana gagal mengemukakan alasan munasabah untuk merentas negeri sepanjang tempoh berkenaan.

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…