Polis sahkan kes kecurian di Litar Sepang

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis DiRaja Malaysia mengesahkan bahawa memang ada kes kecurian di litar Sepang semalam.
Modenas

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan pihak polis menerima laporan dari unit keselamatan SIC mengenai kes kecurian tersebut.

Menurut Ketua Polis Bahagian KLIA, ACP Zulkifli Adamshah, memang ada laporan diterima berkaitan kes tersebut tetapi tidak ada butiran barang-barang yang hilang disediakan.

Laporan terawal Careta semalam menyenaraikan komponen-komponen penting seperti brek, sistem gantungan, alatan bengkel dan komputer menjadi mangsa pencuri.

Beberapa rakan Careta turut menyatakan kes kecurian bukan sesuatu yang baharu.

"Ada pasukan luar untuk perlumbaan seperti Japan GT dahulu terpaksa menggunakan kawalan keselamatan mereka sendiri untuk memastikan tidak ada kecurian berlaku," ujar sumber Careta.

Diharapkan masalah ini segera diatasi dan keyakinan perlu diberikan kepada semua pasukan luar dan dalam negara yang datang ke trek antarabangsa tersebut.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, Azhan dilihat menjawab persoalan rakyat Malaysia untuk…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Md Azhan Shafriman Md Hanif…
MotorGP
  “SIC sering berkomunikasi dengan Dorna sekurang-kurangnya dua kali seminggu sejak penularan…