Polis - Ramai tidak pakai tali pinggang keledar

oleh SALINA JALIL|
Tidak memakai tali pinggang keledar merupakan antara kesalahan paling banyak dikesan dalam tempoh dua jam Ops Samseng Jalanan yang diadakan di Kilometer 77, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sebanyak 183 buah kenderaan melibatkan kereta, motosikal dan lori diperiksa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 97 saman dikeluarkan kepada pemandu atas pelbagai kesalahan dengan tidak memakai tali pinggang keledar merekodkan jumlah paling tinggi iaitu 32 kes.

 


“Selain itu, antara kesalahan lain berjaya dikesan adalah gagal menunjukkan lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut piawaian dan tidak menampal kelulusan lesen L dan P,” katanya pada Jumaat.

 

Kata Baharudin, operasi yang berakhir sekitar jam 5.30 petang itu disertai lapan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

 

Baharudin berkata, orang ramai tidak sepatutnya mengambil ringan soal pemakaian tali pinggang keledar kerana ia boleh mengancam nyawa.

 

“Kemalangan tidak mengenal tempat dan masa. Jika ia berlaku, akan ada nyawa yang terkorban. Oleh itu, jika pergi ke mana-mana tidak kira jauh atau dekat, gunakanlah tali pinggang keledar," katanya.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau dilapor tidak memakai tali pinggang keledar semasa duduk  membuat rakaman video di bahagian…
Berita Global
ZF merupakan syarikat dari German yang terkenal dalam menghasilkan transmisi automatik, baru-baru…
Berita Domestik
Ops Tali Pinggang Keledar yang dibuat di sekitar Seberang Jaya itu dijalankan oleh Unit…