Polis Pulau Pinang buat operasi di BORR, 'mat rempit' kena tolak motosikal lagi

oleh Penyumbang Rencana|
foto Astro Awani
Polis Pulau Pinang menyita 48 motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Butterworth dalam usaha menggempur 'mat rempit' dan samseng jalanan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam operasi bermula pada jam 5 petang Ahad sehingga tengah malam itu, sebanyak 67 motosikal telah diperiksa sebelum pihaknya menyita 48 motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

“Dalam pada itu, sebanyak 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, operasi tersebut melibatkan 34 anggota dan pegawai kanan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPDT) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) negeri.

Dalam pada itu, Hamzah menasihatkan pengguna khususnya golongan remaja agar tidak terlibat dalam lumba haram atau sebarang aktiviti samseng jalanan yang mengancam nyawa sendiri dan orang lain.

“ Pihak polis komited membanteras aktiviti samseng jalanan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, kumpulan penunggang motosikal terbabit telah menunggang melawan arus dari Plaza Tol Bagan…
Berita Domestik
"Bermula hari ini (Selasa), pihak polis akan membuat pemantauan lebih awal iaitu sebelum waktu…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…