Polis Pulau Pinang - 146 kenderaan disita, 2,016 saman dikeluarkan pada Op Ambang Tahun Baharu 2023

oleh Penyumbang Rencana|
Gambar dari Facebook PDRM Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menyita 146 kenderaan dan mengeluarkan 2,016 saman kerana pelbagai kesalahan sepanjang Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan bermula 30 Dis hingga 1 Jan lepas.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 5,340 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang melibatkan 1,294 pegawai dan anggota.

"Op Ambang Tahun 2023 memfokus kepada pencegahan jenayah samseng jalanan secara bersepadu bersama agensi lain dalam usaha memastikan Tahun Baharu tidak dicemari dengan kegiatan jenayah atau lumba haram.

"Hasil operasi itu sejumlah 2,016 saman dikeluarkan, 146 kenderaan disita dan tujuh orang ditahan membabitkan kesalahan antaranya memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kesalahan dadah," katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Katanya operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar itu, juga bagi mengenal pasti pengguna jalan raya yang melanggar kesalahan dan menggunakan kenderaan diubah suai serta tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Mohd Shuhaily berkata dalam operasi itu pihaknya juga meningkatkan rondaan dan pemeriksaan di beberapa kawasan tumpuan pengunjung serta orang ramai dalam usaha mencegah jenayah.

Menurutnya sebanyak 61 premis pusat hiburan dan 6,427 individu turut diperiksa termasuk melakukan ujian saringan air kencing.

"Daripada jumlah itu, 71 orang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya di bawah Akta Senjata Api 1971, Akta Racun, Akta Dadah Berbahaya, Akta Pertubuhan dan Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Katanya polis akan terus menjalankan operasi terutama dalam mencegah samseng jalanan dan mat rempit bagi memastikan eadaan di negeri ini kekal aman dan tenteram.

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini diangkat dan diberi perhatian berikutan kekurangan parkir di HRPB dan pembinaan Klinik…
Berita Domestik
Kejadian berlaku pada 6.45 petang Rabu, ketika lelaki berusia 25 tahun itu ditahan anggota trafik…
Berita Domestik
IPD Sepang mengesahkan telah menerima laporan polis pada 3 Oktober 2024, jam 12.17 tengah hari…