Namun, bagi pasukan polis yang bertugas di kepulauan Chalki dengan keluasan tanah sebesar 37.04 km persegi, peranan SUV atau sedan besar mungkin tidak diperlukan.

Disebabkan itu, pihak berkuasa tempatan telah bekerjasama dengan Citroen untuk membekalkan armada kereta peronda yang terdiri daripada dua buah crossover E-C4, van panel E-Spacetourer dan E-Jumper, serta empat buah kereta comel Citroen Ami EV.
Diperkenalkan secara rasmi pada Februari 2020, Citroen Ami merupakan kereta mikro dalam klasifikasi quadrisikal yang tidak memerlukan lesen memandu, dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa.

Kereta mikro ini mampu bergerak sejauh 70 km untuk sekali cas penuh, dengan kelajuan maksimum 45 km/j.
Mungkin tidak cukup laju untuk mengejar orang jahat, tapi untuk kegunaan rondaan di kepulauan kecil, ia sudah lebih daripada memadai.