Polis Poland guna dron kesan pesalah trafik

oleh Mohamad Hanif|
Memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon ketika memandu, muatan yang tidak diikat dengan baik, serta aksi wheelie merupakan antara kesalahan trafik yang dikesan oleh pihak berkuasa Poland dalam satu operasi baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, kesemua pesalah tidak sedar mereka sedang diawasi, memandangkan pihak polis Poland menjalankan operasi dengan menggunakan dron.

 


Dalam satu video yang dimuatnaik, pihak polis Poland menunjukkan beberapa jenis kenderaan yang dikesan memotong di garisan berkembar sebelum mereka ditahan oleh pegawai berpakaian jaket hi-vis di penghujung jalan.

Walaupun dron yang digunakan adalah lebih besar berbanding dron konvensional, namun pada setiap masa ia diterbangkan pada altitut yang lebih tinggi bagi menyukarkannya dikesan oleh pemandu.

Penggunaan dron untuk membantu tugasan pihak berkuasa kini sudah menjadi satu kelaziman, malah kerajaan Malaysia baru-baru ini meluluskan cadangan perolehan 16 unit dron jenis VTOL bagi membantu tugasan pemantauan PDRM di kawasan sempadan.

Sumber: Youtube KWP Olsztyn