Polis - peraturan cermin gelap kurangkan kes pecah kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Peraturan baharu berkaitan cermin gelap bakal mengurangkan jenayah pecah kereta.

Pendapat itu disampaikan oleh Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Zulkefly Yahya kepada akhbar The Star.

"Pencuri tidak dapat melihat barangan berharga di dalam kenderaan dan mereka akan berfikir dua kali sebelum memecah masuk ke dalam kenderaan," ujar Zulkefly.

Beliau juga berpendapat cermin belakang yang gelap akan mengurangkan silau dari lampu kenderaan di belakang.

"Selagi cermin hadapan masih terang, kami masih mampu menjalankan tugas-tugas kami," tambahnya lagi.

Namun begitu, semalam, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias pula berkata peraturan tersebut mungkin akan menjejaskan faktor keselamatan pasukan polis kerana mereka tidak dapat melihat penumpang di belakang.

Laporan Harian Metro semalam juga menunjukan kekecewaan Azisman kerana pihak PDRM tidak dipanggil untuk menghadiri mesyuarat peraturan baharu itu.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata polis telah selesai merekodkan keterangannya pada Ahad berhubung kejadian itu. "…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Yusof Othman memaklumkan, insiden itu tular di…
Informasi
  "Pemandu Perodua Myvi itu hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya…