Polis Perancis tempah 26 unit Alpine A110 untuk unit rondaan luar bandar

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan yang lalu, kita 'dikejutkan' dengan kehadiran beberapa unit MPV PDRM yang baharu, terdiri daripada BMW M3, BMW X3 dan Volkswagen Tiguan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun menurut kenyataan rasmi, kesemua unit kereta polis itu hanyalah digunakan untuk tujuan penilaian terlebih dahulu selama dua minggu.

Sementara itu nun jauh di Perancis, pasukan polis tempatan dilaporkan telah menempah bukan satu, tetapi 26 unit kereta sports berenjin tengah Alpine A110.

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Dalam Negeri Perancis, kesemua 26 unit Alpine A110 itu akan digunakan oleh National Gendarmerie, iaitu pasukan polis yang bertanggungjawab untuk menjaga bandar kecil dan kawasan luar bandar dengan kepadatan penduduk kurang dari 20,000 orang.

Tambah kenyataan itu lagi, Alpine A110 itu akan ditugaskan untuk melakukan tugas pencegahan di atas jalan raya, termasuk kesalahan memandu laju dan juga pengedaran dadah.

Alpine A110 merupakan sebuah kereta sports yang dikuasakan oleh enjin 1.8 liter turbo menghasilkan 249 kuasa kuda dan 320 Nm, dijual pada harga bermula 58,400 euro (RM282,205).

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai sebuah kereta peronda, ia juga turut dilengkapi dengan liveri khas pasukan polis, pelekat…