Polis - Pemandu Honda Jazz rempuh dua remaja hingga maut tiada lesen memandu

oleh Penyumbang Rencana|
foto media sosial
Polis mengesahkan pemandu kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban pada Khamis lalu sehingga mengakibatkan kemalangan maut membabitkan dua remaja, tidak mempunyai lesen memandu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pemandu berkenaan adalah seorang remaja berusia 18 tahun dan bukannya 15 tahun sebagaimana yang didakwa di media sosial.

Menurutnya lagi, pihak polis masih belum mengambil keterangan pemandu kereta terbabit kerana remaja tersebut sedang dirawat di hospital.

Mohamad Hatta turut menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh mengganggu proses siasatan dan menjaga sensitiviti mereka yang berkaitan memandangkan siasatan kes masih berjalan.

"Kes masih diteruskan di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan juga akan menjurus kepada kesalahan-kesalahan di bawah akta tersebut termasuk tiada lesen memandu," katanya.

Khamis lalu, sekitar pukul 8.30 malam, berlaku satu kemalangan kemalangan yang berpunca daripada sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu remaja berusia 18 tahun dari arah Senawang menuju ke Paroi, gagal mematuhi lampu isyarat merah lalu merempuh dua buah motosikal dari arah sebelah kiri.

Kemalangan tersebut menyebabkan Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, maut di tempat kejadian.

Empat individu lain iaitu pemandu dan penumpang kereta Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda Vario mengalami cedera parah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Video memaparkan insiden menyayat hati itu turut tular di media sosial.

- salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat serta mendapat pembelaan yang sepatutnya-

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, terbaharu, polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam empat kes kecurian…
Berita Domestik
Menurutnya, polis turut menerima laporan daripada mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 56 tahun…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa, lelaki tempatan…