Polis Papua New Guinea tuntut 40 Maserati Quattroporte pinjam dari kerajaan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasukan polis Papua New Guinea menuntut sejumlah 284 buah kenderaan yang dipinjamkan kepada kerajaan sempena forum Asia-Pasific Economic Corporation (APEC) tahun lalu. 

Menurut ketua di bahagian pemerolehan aset negeri, Superitendant Dennis Corcoran berkata, mengikut rekod terdapat 284 buah kenderaan rasmi yang digunakan untuk membawa pemimpin dunia masih lagi tidak dipulangkan.

Daripada jumlah tersebut, 40 buah Maserati Quattroporte dan tiga buah Bentley masih lagi tersimpan di dalam gudang rahsia yang berkunci. 

Sembilan unit daripada barisan kenderaan yang dipinjamkan tersebut dicuri, banyak komponen yang telah dicuri dan sebilangan kereta yang dipulangkan rosak teruk. 

Pihak polis masih percaya enam unit kereta 'curi' berkenaan masih lagi berlegar di sekitar Port Moresby manakala tiga yang lain kini sedang menuju ke Mount Hagen. 

Isu pembelian 40 unit Maserati Quattroporte menimbulkan kemarahan ketika negara tersebut sedang bergelut dengan isu wabak polio, kemiskinan dan fasiliti jalan raya yang tidak sempurna. 

Kerajaan Papua New Guinea dilaporkan berjanji akan melelong kesemua kenderaan tersebut selepas selesai persidangan APEC tersebut tahun lalu - REUTERS