Polis New Zealand terima 2,000 unit MPV Skoda Superb Combi!

oleh Mohamad Hanif|
Skoda baru-baru ini menandatangani perjanjian untuk membekalkan sebanyak 2,000 unit wagon Skoda Superb Combi menjelang 2025 untuk kegunaan pasukan polis New Zealand.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Daripada 11 buah kenderaan yang disenaraipendek, Skoda Superb Combi dipilih kerana mempunyai kelebihan dari segi prestasi, brek, pelepasan emisi, kebolehkerjaan, serta kos operasi secara keseluruhan yang lebih munasabah.

100 unit pertama akan dihantar oleh Skoda menjelang akhir Jun ini, manakala 400 unit lagi bakal menyusul menjelang akhir tahun.

 


Skoda membekalkan wagon pacuan roda hadapan dan pacuan semua roda, dan kesemua unit wagon itu tadi akan dilayangkan dengan liveri wajib polis, serta kelengkapan seperti siren, lampu beacon, serta sistem komunikasi.

Skoda bukanlah satu nama asing di dalam perkhidmatan polis, memandangkan jenama itu turut membekalkan kereta kegunaan polis untuk negara seperti UK, Austria, Serbia, Croatioa, Portugal, Perancis dan Netherlands.

Malah di negara asal, Skoda telah membekalkan lebih 20,000 unit kenderaan untuk kegunaan polis dan Kementerian Dalam Negeri semenjak tahun 1993.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…