Polis Michigan dapat dua unit MPV Mustang Mach-E!

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Aksyonov Nikita
Pasukan Polis di Michigan, Ann Arbor Police Department diberitakan akan menambah sepasang unit MPV berkuasa elektrik Ford Mustang Mach-E ke dalam barisan kereta perondanya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan, pihak atasan Ann Arbor telah meluluskan perbelanjaan bernilai $93,926 (RM378,757) untuk membeli dua unit kereta peronda pada Disember yang lalu.

Spesifikasi Mustang Mach-E itu tidak dijelaskan dengan teliti, namun ia bakal terdiri daripada varian dua motor elektrik dengan konfigurasi pacuan semua roda.

Namun ketika bercakap kepada laman berita MLive, pengurus fleet Matt Kulhanek menjelaskan, crossover elektrik itu seharusnya mampu dipandu sejauh 338 km untuk sekali caj penuh, sekaligus memberikan petanda model tersebut dilengkapi dengan pek bateri 75 kWh, berbanding varian 98 kWh yang mampu bergerak sejauh 463 km.

 

sumber: Aksyonov Nikita


Kulhanek menambah, kehadiran dua unit Ford Mustang Mach-E itu akan menggantikan dua unit  kereta peronda yang bakal menghampiri had kontrak yang telah ditetapkan iaitu enam tahun atau jarak perbatuan 128,747 km yang mana terdahulu.

Setakat ini, Ford tidak lagi menjual varian polis bagi Mustang Mach-E, jadi pasukan polis tersebut perlu mendapatkan khidmat daripada pihak ketiga untuk memasang kelengkapan wajib polis pada jentera tersebut.

Langkah ini adalah selaras dengan hasrat bandar tersebut untuk menjadi sebuah komuniti bebas karbon menjelang 2030, dan terdapat perancangan untuk menambah 100 buah slot pengecasan EV pada tahun 2021, termasuklah empat unit pengecasan pantas di dewan bandar dan balai polis.

Gambar sekadar hiasan, sumber dari Aksyonov Nikita

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Rupa paras luaran MPV hibrid ini masih lagi kekal dengan versi facelift yang telah dilancarkan kira…
Berita Domestik
Dengan pencapaian tersebut, jumlah jualan Proton sehingga bulan November kini mencecah 141,900 unit…