Polis Melaka - Lebih RM1.15 juta saman trafik dikutip dalam 3 hari

oleh SALINA JALIL|
Polis Melaka berjaya mengutip lebih RM1.15 juta hasil bayaran tunggakan saman oleh pesalah trafik dalam tempoh tiga hari hingga semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, berkata kutipan itu membabitkan tawaran diskaun 50 peratus bagi saman tertentu sempena sambutan Hari Peringatan Polis Ke-214.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sepanjang tempoh itu, beliau berkata, lebih 2,300 pembayar hadir menjelaskan saman atas pelbagai kesalahan trafik.

 

Katanya, ia membabitkan 10,068 saman lalu lintas meliputi 6,499 Pol 170A dan selebihnya Pol 257.

 

"Sejumlah RM870,010 dikutip melalui pembayaran tunai, manakala RM282,030 lagi kad kredit, menjadikan jumlah keseluruhannya RM1,152,040," katanya ketika dihubungi.

 

Beliau menjelaskan, jumlah kutipan itu tidak termasuk saman bagi kemalangan, status waran tangkap, memotong secara bahaya (potong Q), menggunakan lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar antara 2020 hingga 2021.

 

"Saman berkaitan kesalahan mengubah suai ekzos yang dikeluarkan mulai 1 Mac lalu juga tidak mendapat potongan 50 peratus itu," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…