Polis lepaskan tembakan selepas dirempuh Proton X50 yang dinaiki suspek pecah rumah

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Polis memburu tiga individu yang disyaki memecah masuk sebuah rumah di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, anggota pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan terhadap tiga suspek yang melanggar motosikal polis ketika cuba menahan mereka

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya yang menerima panggilan daripada jiran mangsa mengerahkan anggota bermotosikal ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Suspek terlibat yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 bernombor pendaftaran palsu bertindak agresif melanggar motosikal dinaiki anggota polis ketika mereka ditahan di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek sebagai langkah untuk mempertahankan diri.

Suspek memecut melarikan diri dan siasatan mendapati mereka adalah tiga lelaki warga tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan bunuh yang boleh dijatuhkan penjara maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

 

Artikel penuh di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati pengadu merupakan seorang wanita tempatan berusia 48 tahun yang…
Berita Domestik
Beliau berkata, kebanyakan motosikal yang disita tidak terlibat dalam sebarang kejadian jenayah,…
Berita Domestik
Menurutnya, perhimpunan yang menghimpunkan lebih 160,000 pengunjung itu turut merekodkan…