
Sebaliknya, kesemua 10 unit Tesla Cybertruck itu disumbangkan oleh Ben Horowitz, seorang bilionair, usahawan teknologi dan pelabur modal teroka bersama isterinya. Sumbangan ini membolehkan LVMPD menambah aset bernilai tinggi tanpa membabitkan perbelanjaan daripada wang pembayar cukai.
Cybertruck Versi Polis
Kesemua trak elektrik tersebut telah diubah suai oleh Unplugged Performance, syarikat yang terkenal dengan modifikasi prestasi untuk Tesla. Versi polis ini dilengkapi kelengkapan khas termasuk sistem lampu kecemasan, siren, sistem PA serta pelbagai sistem elektronik taktikal.

Selain itu, unit-unit ini turut menerima peningkatan ketahanan fizikal seperti push bar, rock slider yang diperkuat, suspensi yang dinaik taraf serta sistem brek yang lebih kukuh bagi memastikan ia mampu bertugas di kawasan seperti Fremont Street hingga ke Red Rock Canyon.

Penjimatan Jangka Panjang
LVMPD menjelaskan bahawa penggunaan trak elektrik ini bukan sekadar gimik atau simbol status moden tetapi langkah strategik untuk menjimatkan kos operasi. Setiap Cybertruck dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya USD47,540 atau kira-kira RM226,000 sepanjang lima tahun perkhidmatan berbanding trak petrol konvensional.
Penjimatan itu termasuk kos bahan api tahunan antara USD8,800 hingga USD12,000 serta penyelenggaraan yang lebih rendah sekitar USD3,540 setahun.

Daya Tarikan Baharu Untuk Rekrut
Menurut Sheriff Kevin McMahill, Cybertruck bukan sahaja praktikal dan berkuasa, malah direka untuk menjadikan tugas anggota lebih selamat. Beliau turut mendedahkan bahawa pengenalan trak elektrik ini telah meningkatkan minat golongan muda untuk menyertai pasukan polis.

Nampaknya di Las Vegas, apa yang berlaku tidak lagi sekadar tinggal di Vegas. Kini, ia turut menandakan permulaan era baharu rondaan elektrik dengan gaya futuristik.